I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 4 February 2012

Permohonan Kemasukan UPU/IPTA POLITEKNIK Fasa 1 dan 2 2012



CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/UPU/POLITEKNIK FASA 1 DAN 2 TAHUN 2012 KEMASUKAN DIPLOMA/ASASI/IJAZAH/IJAZAH SARJANA MUDA.
PERBEZAAN PERMOHONAN FASA 1 DAN FASA 2

permohonan kemasukan upu ke ipta/politeknik untuk asasi/diploma/ijazah/ijazah sarjana muda fasa 1 untuk kemasukan 2012 sudahpun tamat pada disember lepas. namun permohonan boleh dibuat pada fasa 2.

Apa itu fasa 1 dan fasa 2 ?
Permohonan UPU ini mempunyai fasa 1 dan fasa 2,
Fasa  1: Pendaftaran Maklumat Permohonan
Fasa 2 : Pengesahan Permohonan Dan Pilihan Program Pengajian

Bila fasa 1 dan fasa 2 dibuka ?
Fasa 1 : 15 November – 31 Disember 2011
Fasa 2 : 9 Januari – 2 April 2012

Saya terlepas untuk permohonan fasa 1. Boleh mohon lagi tak?
Boleh, calon yang tidak berpeluang mohon semasa fasa 1 juga dibenarkan mengemukakan permohonan fasa 2 mengikut prosedur yang telah ditetapkan .

Penggunaan no Pin ?
No pin digunakan semasa permohonan fasa 2 nanti. No pin digunakan untuk kemudahan mengakses permohonan fasa 2, gagal membeli no pin membuatkan permohonan fasa 2 tidak boleh diakses.

Saya telah membeli no pin awal, no pin ada tarikh luput?
Tidak ada, simpan baik-baik no pin, gunakan semasa permohonan fasa 2 nanti. Namun demikian no pin UPU ini sah bagi permohonan tahun 2012 ini sahaja.

Boleh tak kemaskini dan berapa kali boleh kemaskini?
Calon boleh kemaskini untuk fasa 1 dan lebih mudah untuk kemaskini semua maklumat bila fasa 2 nanti.
Pemohon dibenar mengemukakan satu kali permohonan dan 3 kali proses kemaskini sehingga tarikh tutup permohonan.

Apa yang ada pada permohonan fasa 2 nanti ?

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pekerjaan & keluarga
  • Mengisi maklumat akademik
  • Maklumat kokurikulum
  • Mengisi maklumat pilihan program, memilih 3 bidang mengikut keutamaan, memilih 8 program pengajian mengikut keutamaan.
  • Lain-lain maklumat tambahan seperti pernyataan ya atau tidak setuju tawaran selain 8 pilihan yag dipilih, Setuju/tidak terima SMS maklumat, Setuju/tidak maklumat diberi pihak ke tiga, setuju/tidak terima wang pinjaman pendahuluan ( WPP ) PTPTN



Sumber : KEMASUKAN UPU/IPTA/POLITEKNIK FASA 1 DAN 2 ASASI/DIPLOMA/IJAZAH | illustrasiaku .com

No comments:

Post a Comment